Categories
Berita Semasa

Yaalon: “Kita tidak takut Amerika.”

Khamis,  20/08/2009 – Rabu lalu, Menteri Israel, Moshe Ya’alon (gambar) , menyatakan yang Israel tidak takut pada Amerika Syarikat, dan menambahbahawa Israel dengan jelas memberitahu Amerika bahawa ‘ia sudah cukup’ dan tidak akan tunduk pada tekanan mereka lagi.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bertemu Ya’alon untuk mendengar penjelasan atas kenyataan beliau itu. Minggu lalu, Ya’alon menyertai satu forum diketuai oleh Moshe Feiglin, ketua Parti Kepimpinan Yahudi, dan telah ditanya oleh seorang perwakilan disitu “Mengapa perlu takut pada Amerika”.

Ya’alon menyatakan yang dia tidak takut pada Amerika Syarikat dan menambah bahawa Israel tidak akan menyokong dasar-dasar Amerika lagi.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nurul