Perdana Menteri negara haram Israel, Ariel Sharon berkata dia tidak lagi terikat dengan perjanjian yang diberikan kepada Presiden US, George Bush untuk tidak menyerang Yasir Arafat.
Sharon berkata dia telah berkata kepada Bush minggu lepas semasa mesyuarat di rumah putih, tempat di mana dia menerima pelepasan untuk mengusir penempatan rakyat Palestin.
Ugutan terbaru ini diberi sejurus seminggu selepas pembunuhan Dr Aziz Rantisi dan kurang sebulan pembunuhan Syeikh Ahmed Yasin.
Penasihat Arafat, Nabil abu Rdainah berkata, kenyataan Sharon akan menambahkan lagi ketegangan di Palestin.