Vanunu Di bicarakan Semula

Rabu, 13/4/2005 – Saintis Nuklear Yahudi, Mordechai Vanunu dihadapkan kembali ke mahkamah kerana dituduh melanggar syarat pembebasan beliau iaitu menerima wartawan asing dan melawat Tebing Barat.


Saintis berusia 50 tahun itu telah dibebaskan April tahun lalu selepas merengkok dalam penjara selama 18 bulan kerana membocorkan rahsia reaktor nuklear Israel kepada media British. Pendedahan eksklusif beliau menjawab teka teki selama ini bahawa sememangnya Israel mempunyai reaktor nuklear.

“Ini amat memalukakan kepada kerajaan demokrasi Israel kerana kembali memenjarakan saya selepas setahun lebih saya telah merengkok”, ujar Vanunu kepada wartawan di luar mahkamah Jerusalem. “Ini menunjukkan kepada dunia bahawa Israel bukannya pengamal demokrasi”, tambah beliau.

“Sebagai manusia, saya berhak menyuarakan pandangan dan idea saya “, Vanunu berkata.
Antara syarat pembebasan beliau adalah tidak boleh bercakap dengan media asing dan hanya boleh tinggal di Israel (baca: tanah Palestin yang dijajah)
sahaja. Jika tidak, beliau akan dipenjarakan selama 2 tahun.

Antara pendedahan eksklusif beliau adalah bahawa Israel telah mengabungkan bom neutron dan hydrogen di kawasan bernama Dimona yang mana telah menghasilkan sejumlah 40kg plutonium iaitu bersamaan dengan 10 bom atom. Selepas kenyataan itu dibuat, beliau telah diculik oleh pasukan
khas Israel iaitu Mossad dan dipenjarakan.