Categories
Berita Semasa

Mesh’al: Mesir berusaha buat draf terakhir plan perdamaian.

Khamis, 01/10/2009 – Ketua Biro Politik HAMAS, Khalid Mesh’al berkata: “Plan Mesir mendorong semua fraksi Palestin menerimanya sebagai dasar bagi merealisasikan perdamaian.” Beliau juga mengatakan bahawa respon mereka adalah berdasarkan semangat seruan kepada reformasi sehingga mereka mampu menangani isu-isu yang diperselisihkan dengan pergerakan Fatah.

Semasa sidang akhbar di Kaherah pada hari Isnin (28/9), Mesh’al menambah bahawa “menteri Mesir Umar Sulaiman telah memberikan perhatian tinggi kepada kami dan memaklumkan kepada kami bahawa dalam tempoh beberapa hari akan datang beliau akan berusaha untuk membuat draf terakhir plan perdamaian yang akan dibentangkan kepada semua fraksi Palestin pada Oktober akan datang, selepas beliau menjemput kesemua fraksi bagi mengadakan dialog atau perjumpaan nasional yang akan menyaksikan pemeteraian perdamaian.”

Beliau juga mengatakan bahawa “kejayaan plan perdamaian adalah langkah penting yang dilakukan secara berterusan oleh pihak Mesir dan berharap perdamaian sebenar dapat dicapai melalui pertemuan-pertemuan akan datang yang akan menamatkan perpecahan, agar segala usaha yang dilakukan oleh Mesir memberikan faedah. Selepas itu, bolehlah kita menumpukan usaha untuk menyelesaikan isu kita yang lain, memperkukuhkan kedudukan kita bagi menghadapi penjajah dan mengambil balik hak kita yang dirampas.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir