
Khamis, 01/10/2009 – Ezzat al-Rishq, anggota Biro Politik HAMAS mendedahkan bahawa para pegawai Mesir telah mencadangkan beberapa tarikh berhubung pemeteraian perjanjian perdamaian Palestin pada bulan hadapan. Beliau menganggap bahawa jaminan paling besar bagi meneruskan plan perdamaian ialah dengan memberhentikan segala tindakan General Dayton yang melatih militia Abbas di Tebing Barat berdasarkan pegangan keselamatannya yang menganggap regim Zionis sebagai jiran yang baik dan gerakan HAMAS sebagai musuh.
Al-Rishq berkata dalam satu program yang disiarkan secara langsung oleh saluran kabel TV al-Jazeera pada hari Selasa (29/9): Para pegawai Mesir telah mencadangkan beberapa tarikh berhubung dengan perjanjian perdamaian dan pilihanraya. Tarikh-tarikh ini merekalah yang bersungguh-sungguh mahu menetapkan dan mengubahnya. Beliau juga menjelaskan bahawa tarikh awal yang dicadangkan Mesir ialah 18/10 akan datang dengan kehadiran seluruh setiausaha agung pertubuhan masing-masing. Tarikh seterusnya ialah 19 atau 20 Oktober yang akan menjadi tarikh pemeteraian perjanjian dengan dihadiri oleh semua fraksi Palestin dan para menteri luar negara-negara Arab.
Al-Rashq menegaskan bahawa rancangan keselamatan Dayton adalah sebab utama perpecahan Palestin berlaku, di samping penerusannya melatih pihak keselamatan Palestin, pemburuan pihak pejuang dan penerusan penyelarasan keselamatan yang dilakukan dengan regim Zionis, semuanya ini menimbulkan tanda tanya terhadap kemungkinan kejayaan plan perdamaian Palestin dan penerusannya. Beliau menganggap bahawa jaminan paling penting bagi kejayaan plan perdamaian itu ialah memberhentikan penyelarasan keselamatan dan memberhentikan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh penjenayah Dayton serta perancangan keselamatannya.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir