Categories
Berita Semasa

Tekanan Zionis terhadap Abbas sebab tangguh “Laporan Goldstone”.

Rabu, 07/10/2009 – Agensi Berita Shihab melaporkan daripada beberapa sumber di Washington satu maklumat yang menunjukkan bahawa pertemuan bagi beberapa perwakilan bagi pihak berkuasa Palestin dan delegasi Zionis telah berlangsung di Washington. Pertemuan itu diadakan bagi meyakinkan pihak berkuasa Palestin agar menarik balik sokongannya terhadap rang undang-undang bagi menyokong “Laporan Ritchard Goldstone”, ketua jawatankuasa yang ditugaskan untuk melakukan siasatan terhadap pencerobohan yang berlaku ketika perang dilancarkan terhadap Gaza.

Sumber tersebut memaklumkan kepada Agensi Berita Shihab bahawa pihak berkuasa Palestin pada permulaannya menolak dengan keras permintaan tersebut, tetapi apabila General Elly Efraham datang sambil menunjukkan menggunakan komputer ribanya video yang memaparkan pertemuan yang berlangsung antara Presiden Mahmoud Abbas dan Menteri Perang Zionis, Ehud Barak dengan dihadiri oleh Tsipi Levni.

Sumber itu juga memaklumkan bahawa Mahmoud Abbas kelihatan dalam rakaman video tersebut sedang meyakinkan Barak tentang keperluan untuk meneruskan serangan terhadap Gaza. Barak pula kelihatan ragu-ragu dan teragak-agak berhadapan dengan kesungguhan Mahmoud Abbas dan sokongan Tsipi Levni supaya serangang ke atas Gaza diteruskan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir