Categories
Berita Semasa

Haneyya: Ucapan Abbas menggambarkan kesan skandal politik beliau.

Jumaat, 16/10/2009 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya berkata pada hari Isnin bahawa ucapan Abbas semalam mencerminkan kesan skandal politik yang dilakukan oleh Abbas terhadap rakyat Palestin yang menguntungkan agenda pihak Zio-Amerika serta tidak langsung menyentuh tahap perjuangan dan pengorbanan rakyat Palestin. Walaupun Abbas membuat konspirasi politik terhadap rakyat Palestin namun ia tidak akan melemahkan semangat perjuangan mereka.

Dalam konteks yang sama, ahli biro politik Hamas Mohammed Nazzal berkata permintaan wakil Palestin ke UN untuk melewatkan lapran Goldstone terhadap kekejaman Israel semasa Perang Gaza, merupakan satu penghinaan dan penganiayaan terhadap seluruh umat Islam. Beliau seterusnya menyeru seluruh umat Islam berkempen menentang pihak berkuasa Palestin yang diketuai Abbas yang membelot darah rakyat Palestin.

Di Switzerland, sebuah organisasi hak asasi manusia mengecam Abbas yang langsung tidak menyentuh topik mengenai laporan Goldstone dan ini menunjukkan Abbas seorang yang tidak berguna dalam dan seorang yang mudah digunakan untuk tujuan pihak musuh.

Dalam konteks yang sama, sebuah drama dalam mahkamah yang dilakonkan oleh kanak-kanak Palestin telah mengisahkan mengenai pembelotan besar yang dilakukan oleh Abbas dalam melewatkan undian ke atas laporan Goldstone yang akhirnya Abbas dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, ditendang keluar dari pejabatnya dan dilucutkan segala jawatannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

One reply on “Haneyya: Ucapan Abbas menggambarkan kesan skandal politik beliau.”

“Dalam konteks yang sama, sebuah drama dalam mahkamah yang dilakonkan oleh kanak-kanak Palestin telah mengisahkan mengenai pembelotan besar yang dilakukan oleh Abbas dalam melewatkan undian ke atas laporan Goldstone yang akhirnya Abbas dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, ditendang keluar dari pejabatnya dan dilucutkan segala jawatannya.”

kalau ade rakaman macam best je nak tengok ni..

Comments are closed.