250,000 Orang Indonesia Bersedia untuk Mempertahankan Aqsa


Jakarta, Selasa, 19/4/2005 ? Seramai 250,000 orang Indonesia telah menyertai perhimpunan besar anjuran Parti Keadilan Sejahtera di ibu negara, Jakarta dan bandar-bandar besar Indonesia yang lain, termasuk Surabaya dan Banda Acheh, Bandar yang dilanda tsunami.

Para perserta berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika di Jakarta sambil perserta yang lain memijak bendera Israel dan mengibarkan beratus-ratus bendera Palestin ditambah dengan papan tanda bertulis kalimah ?US dan Israel adalah pengganas sebenar? dan ?kami bersedia untuk mempertahankan Aqsa.?

Seorang pegawai polis Indonesia berkata bahawa perhimpunan itu adalah yang terbesar yang disaksikan di ibu negara sejak berapa tahun lepas.

Manakala, di Tehran seramai 175 ahli majlis penasihat Iran telah menandatangani memo untuk menyeru presiden Mohammad Khatemi bagi mengambil langkah-langkah untuk melindungi masjid Aqsa terhadap mana-mana percubaan hina Israel.

?Kami mahu kamu(Khatemi) untuk memanggil satu mesyuarat tergempar Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) berikutan ugutan-ugutan terbaru Israel tehadap masjid Aqsa yang mulia,? kata mereka dalam memo tersebut.
Dalam mengulas, Hamid Reza Asefi, jurucakap menteri luar Iran, menegaskan bahawa Republik Islam tidak akan mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat, adalah hak diplomatik setiap negara.