Categories
Berita Semasa

Fanatik Yahudi berleluasa menyerang penduduk Palestin.

Isnin , 09/11/2009 – Puluhan penduduk bersenjata Yahudi pada Selasa lalu menyerbu dan menceroboh rumah Rifka Al-Kurd, 83 tahun di Syeikh Al-Jarrah berhampiran pusat bandar Baitulmuqaddis.

Wartawan PIC melaporkan sekitar 60 fanatik Yahudi telah memecah masuk ke dalam rumah sambil mengacukan senjata dengan mendapat perlindungan polis Israel meskipun ada perintah mahkamah Israel melarang mereka memasuki ke dalam rumah tersebut.

Keluarga Kurd adalah salah satu daripada 28 keluarga Palestin di Syeikh Jarrah yang diancam untuk dipindahkan selepas kumpulan fanatik Yahudi itu mendakwa rumah mereka itu dibina di atas tanah yang dimiliki oleh kumpulan-kumpulan ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79