
Rabu,11/11/2009 –MP Hamas Mushir Al-Masri telah menolak tuduhan berita yang mengatakan beliau telah menyokong pelan yang dibentangkan oleh MP Israel Shaul Mofaz yang mahu wujudkan negara Palestin dengan sempadan sementara.
Masri memberitahu bahawa pendirian Hamas adalah jelas dan tetap bahawa segala tanah Palestin adalah untuk rakyat Palestin dan sebarang cadangan yang tidak memihak kepada perkara ini akan ditolak.
Masri menambah lagi beliau tidak percaya sebuah negara yang berdaulat tidak boleh bersenjata dan tiada hak kembali kepada rakyat yang diusir seperti yang digemburkan oleh Presiden Amerika Barack Obama dan diwar-warkan oleh Mahmoud Abbas.
Hamas mengambil jalan untuk berperang menentang Israel untuk mendapatkan hak rakyat Palestin serta sebarang kepincangan dalam perjanjian damai tiada dalam kamus Hamas. Sesiapa yang berfikir Hamas akan berputus asa dalam pendirian mereka hanya bermain dengan bayang-bayang mereka sendiri.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous