
Ahad,15/11/2009 – Militan Mahmoud Abbas dan tentera rejim Zionis di Tulkarem telah melancarkan serangan ke atas sejumlah rumah milik penyokong Hamas di kawasan bandar dan telah menculik seorang bekas pegawai atasan dalam Kementerian Kerajaan Tempatan selepas dia dipanggil untuk siasatan.
Sumber-sumber tempatan Palestin mengatakan bahawa Abbas telah menyerbu dan melakukan rompakan sebelum tengah malam kemarin ke atas sejumlah rumah dan merampas sebahagian harta benda tetapi tiada sebarang penangkapan dilaporkan.
Walau bagaimanapun, pada pagi ahad lalu Militan Abbas telah menculik Fathallah Al-Sa’iedi iaitu seorang bekas pegawai atasan di kementerian kerajaan tempatan, selepas memanggil beliau untuk penyiasatan. Sa’iedi pernah berkhidmat sebagai pembantu menteri di dalam kementerian sebelum ia diberhentikan oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk bergabung dengan Hamas.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez