Arafat Hulurkan Tangan Kepada Sharon

COMES: -Presiden Palestin Yaser Arafat mengumumkan bahawa pihak keamanan pihak Berkuasa Palestin telah membantu menggagalkan beberapa tindakan serangan berani menentang Israel semenjak dua bulan lalu.

Dalam wawancara dengan TV 10 Israel Ahad (30/05) dan di keluarkan juga dalam TV Aljazeera melalui halaman webnya hari 31/5, Arafat mengatakan hasil usaha dan kerja pihak Berkuasa Palestin, Mesir dan negara-negara Timur Tengah, menyaksikan sejumlah serang balas Gerakan Islam HAMAS berjaya dikesan dan digagalkan.

Serangan dilakukan untuk membalas pembunuhan pengasas gerakan itu, Syeikh Ahmad Yasin dan penggantinya, Abdul Aziz Rantisi dalam dua serangan udara berturut-turut di Gaza pada 22 Mac 2004 dan 17 April 2004.

Sumber dari pejabat pihak Berkuasa Palestin mengatakan bahawa pada akhir-akhir ini mereka telah berjaya menangkap 11 aktivis yang didakwa sudah mempersiapkan diri untuk menjayakan serangan. Kini, ke semua mereka ditahan di penjara di bandar Jericho, Tebing Barat.

Arafat, yang sudah lebih dua tahun dikenakan perintah berkurung oleh Israel di bandar Ramallah, kembali menyampaikan gagasan pertemuan bagi membahas rundingan damai dengan Israel. Beliau telah mengulurkan tangan dan ingin merancang bersama PM Israel, Ariel Sharon dan Knesset untuk kembali melanjutkan proses rundingan damai.

Perlu juga diingatkan juga bahawa pada 23 April lalu Sharon telah mengancam untuk membunuh Arafat. Bahkan pihak Israel ketika itu tidak menganggap Arafat sebagai perunding yang boleh diterima.