Categories
Berita Semasa

Israel luluskan pelan untuk membina bangunan tambahan di Buraq Plaza.

Selasa , 08/12/2009 – Akhbar Quds telah melaporkan bahawa jawatankuasa penduduk Israel yang bertindak untuk perancangan dan pembangunan di Baitulmuqaddis telah meluluskan satu pelan untuk membina bangunan-bangunan tambahan dalam plaza Al-Buraq pada minggu lepas.

Akhbar Quds memetik Akhbar Yerushalayim sebagai berkata plan tersebut mensasarkan pembinaan balai polis, pusat pendidikan, pejabat-pejabat untuk tabung warisan Al-Buraq dan bangunan perkhidmatan awam.

Agensi berita turut menambah bahawa empat pihak telah membantah rancangan ini termasuk penduduk Jerusalem yang tinggal di sekitar kawasan tersebut dan satu kumpulan pencinta alam sekitar yang mengesahkan bahawa pembangunan dalam kawasan terbuka di Al-Buraq plaza itu akan menyempitkan kawasan dan menjejaskan prinsip penjagaan plaza tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez