Categories
Berita Semasa

(Terkini) Kementerian Kesihatan Palestin umum kematian dua pesakit virus H1N1.

Selasa , 08/12/2009 – Kementerian kesihatan Palestin pada Selasa mengumumkan kematian dua pesakit wanita yang dijangkiti virus selesema babi ( H1N1 ) manakala 3 lagi menunjukkan cirri-ciri semakin pulih. Timbalan Menteri, Khalaf Hassan memberitahu media bahawa Suha Ayyad dan Ibtisam Shuhaiber dikatakan meninggal dunia disebabkan virus H1N1 disebabkan mereka tiba di hospital dalam keadaan kritikal dan menderita kegagalan ginjal berfungsi serta pneumonia bersama dengan kesukaran untuk bernafas.

Beliau juga memberitahu dalam sebuah kenyataan media bahawa pasukan perubatan telah mengesan sejumlah pesakit di klinik dan Hospital Nasr Shifa positif virus H1N1 selepas mengambil sampel darah . Selain itu, tiada seorang pun penduduk Gaza yang kembali dari haji dijangkiti penyakit tersebut. Khalaf meminta semua penduduk mengikuti garis panduan kesihatan dalam menangani wabak H1N1 ini.

Sementara itu, Jurucakap Hamas Dr Sami Abu Zuhri berkata kepada PIC pada hari Selasa bahawa kerajaan Ramallah dan puak Fatah yang mempolitikkan isu kes selesema babi tersebut. Beliau menyatakan bahawa spekulai ini telah diwar-warkan oleh website Fatah baru-baru ini tentang kematian puluhan kanak-kanak di Gaza disebabkan virus H1N1 itu semata-mata bagi menghalang kemasukan penduduk Gaza daripada menerima rawatan di Ramallah, kerana dikatakan khuatir virus ini akan merebak ke sana. Tambah beliau lagi, Fatah sengaja mahu menyebarkan perasaan takut di kalangan penduduk Gaza. Abu Zuhri turut meminta wartawan supaya merujuk ke pada laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan di Gaza sebagai sumber maklumat utama dan bukan untuk mengeksploitasinya untuk kepentingan Fatah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929

One reply on “(Terkini) Kementerian Kesihatan Palestin umum kematian dua pesakit virus H1N1.”

Comments are closed.