
Selasa , 15/12/2009 – Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan bahawa dua warganya telah meninggal dunia akibat virus H1N1 yang dikenali sebagai selsema babi lalu menjadikan jumlah mangsa akibat penyakit ini kepada 10 orang.
Dr Hasan Khalaf, menteri di kementerian tersebut mengatakan dalam sebuah pernyataan akhbar bahawa kedua-dua warganya itu menderita pelbagai bentuk penyakit, menambah bahawa jumlah kes dikesan mencapai 67 setakat ini dan kesemua itu diberikan rawatan.
Dia mencatatkan bahawa kementerian itu memerlukan sebanyak 300,000 vaksin untuk pasukan perubatan dan pesakit yang berpenyakit serius.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul