Categories
Berita Semasa

Hamas: Ucapan Abbas bertujuan untuk membuka kembali jalan rundingan.

Khamis , 17/12/2009 – Gerakan Hamas memberitahu media pada Selasa bahawa Mahmoud Abbas, berucap di hadapan dewan pusat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) adalah suatu usaha bagi membuka kembali jalan rundingan dengan sembrono penduduk haram Israel. Dalam kenyataan media itu, jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri mengatakan bahawa Abbas, tidak mempedulikan perjuangan rakyat Palestin dan secara terbuka Abbas mengiktiraf kuasa pendudukan Israel, dan mengabaikan 80 peratus tanah Palestin yang dicerobohi, serta menolak hak rakyat Palestin untuk . Abbas juga bertanggungjawab dalam meluaskan peta Israel dan menambah pendudukan haram mereka.

Sami Abu Zuhri turut menempelak Abbas yang menuduh Hamas punca penderitaa rakyat Palestin selepas gerakan itu menculik Gilad Shalit,beliau juga menambah bahawa Abbas telah lupa penderitaan rakyat Palestin telah sejak 1948. Abbas dan sekutunya juga telah menafikan kemenangan Hamas dalam pilihanraya 2006 yang penuh dengan perayaan

demokrasi. Sementara itu, Dr Mahmoud Al-Ramahi, Setiausaha Agung PLC, mengkritik Abbas selepas militant Fatah meningkatkan penangkapan ahli politik Hamas di Tebing Barat. Dr Ramahi menyatakan bahawa penculikan

lebih dari 150 warga Palestin baru-baru ini dari pelbagai bidang sosial seperti pelajar, guru, pegawai kerajaan, anak-anak dan saudara daripada ahli parlimen Hamas dengan alasan menjaga keselamatan.

Dalam sebuah laman web, Omamah, melaporkan bahawa militan Abbas dalam tempoh 24 jam sehingga awal pagi Selasa, tela menculik 250 orang Palestin yang dianggap ada kaitan dengan Hamas dan memanggil lebih dari 1,150 yang lain dari pelbagai kawasan di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929