
Isnin , 21/12/2009 – Khuatir atas tentangan sebahagian besar masyarakat konservatif Palestin, Piahak Berkuasa Palestin (PA) pada hari Rabu memutuskan untuk membatalkan pertandingan ratu cantik yang dijadualkan berlangsung di Ramallah minggu depan. Sumber berita Pro-Fatah, Maan dipetik berkata , Gabenor Ramallah memutuskan untuk membekukan danmenunda sehingga notis baru akan dikeluarkan mengenai Pertandingan Ratu Cantik Palestin untuk tahun 2009 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Disember.
Sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Ramallah meminta semua pihak yang terlibat dalam acara ini harus akur dengan keputusan ini bagi menghormati ulang tahun pertama serangan Rejim Zionis ke atas Gaza. Selain itu, Pentadbiran Ramallah menggalakkan idea-idea mempromosikan kecantikan yang berpaksikan tradisional Palestin.
Perancangan untuk hanya menunda pertandingan ini mengundang rasa marah dan tidak puas hati pemimpin masyarakat, Islam dan kebangsaan yang menyifatkannya sebagai tidak bermoral.
Penganjur utama, seorang wanita bernama Salwa Ramallah Yousuf, memberitahu bahawa sebanyak 58 orang ratu cantik, termasuk 26 daripada masyarakat Arab di Israel dan 32 daripada Tebing Barat. Salwa menambah, para pegawai daripada Kementerian Informasi dan Budaya PA akan mengambil bahagian dalam acara ini. Pemenang akan menerima sebuah merek kereta baru, ganjaran kewangan sebesar $ 2700 dan perlancongan 10 hari ke Turki.
Dalam masa yang lain, keputusan pemimpin setempat Fatah membatah pertandingan ini adalah langkah tepat, dan tambah seorang pemimpin tempatan Fatah, “ Kerajaan Salam Fayyad seharusnya memerintah London, Paris atau Las Vegas untuk meneruskan pertandingan ini, tapi bukan di Tebing Barat”.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929