
Selasa, 22/12/2009 – Israel mengancam keamanan sosial dan masyarakat dunia keseluruhannya dengan kejahatan paling keji dengan menuai organ-organ rakyat Palestin yang telah mati, kata Dr Yousef Rezka, penasihat politik perdana menteri Palestin Ismail Haneyya.
Dalam satu kenyataan pada hari Selasa lalu beliau menambah Israel telah mengulangi kejahatan seperti yang dilakukan oleh Nazi semasa Perang Dunia ke 2. Rezka meminta negara-negara Arab, dunia Islam dan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia agar mengaktifkan isu ini di PBB dan menamatkan seperti “kezaliman Zionis”.
Beliau juga mahu Palang Merah bertanggungjawab atas jenayah tersebut kerana kapasitinya sebagai badan pemantau dunia yang seharusnya tidak mengabaikan amalan-amalan sebegitu. Kedua-dua saluran televisyen Israel telah menyiarkan laporan yang menyatakan kesaksian dari seorang doktor forensik Israel yang mengaku mencuri kulit dan kornea mata daripada badan mayat rakyat Palestin mati.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79