Al Aqsa Hampir Kepada Fasa Paling Bahaya

Rabu , 11/05/2005 –Setiausaha agung Gerakan Islam di Palestin, Kamal Al Khatib mengingatkan bahawa masjid Al Aqsa sedang menghampiri fasa paling bahaya dalam sejarah apabila Zionis-Yahudi sedang giat menyiapkan rancangan penghancuran masjid Al Aqsa.

Seperti yang dikeluarakan oleh Markaz filistini lili?lam, Khatib menegaskan, menurut Yahudi, jika al-Aqsa tidak dirobohkan dan dan digantikan dengan haikal mereka, maka Tuhan tidak akan mengampuni mereka

Sementara itu, Mufti Al Quds, Ikrimah Shabri menyatakan bahawa Al Aqsa ketika ini sedang berada dalam keadaan amat kritikal. Beliau menyatakan, bahawa Zionis-Israel menjaga masjid Al Aqsa hanya bertujuan untuk menguasai kawsan itu Beliau turut menolak prosedur Zionis-Israel yang menghalang kaum muslimin di bawah usia 50 tahun untuk dating beribadah di sana. Ini bertujuan mengepung Al Quds dan akan memberi kesempatan kepada kumpulan Yahudi ekstrim menguasai masjid Al Aqsa.

Dalam satu kejadian lain, radio Zionis-Israel menyebutkan, bahawa ratusan rakyat Palestin tiba di masjid Al Aqsa untuk solat zuhur. Dalam keadaan itu, terjadi kejadian serangan antara pemuda Palestin dengan polis Israel sehingga menyebabkan beberapa orang polis Zionis-Israel dan pemuda Palestin mengalami kecederaan.