
Ahad, 03/01/2010 – Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap HAMAS menegaskan penerusan perjuangan merupakan opsyen strategik bagi HAMAS, demi melengkapkan kemerdekaan Palestin dan mengembalikan haknya.
Abu Zuhri berkata ketika pertemuan besar-besaran yang diadakan di Masjid al-Sahwah al-Islamiyyah di wilayah Barat al-Satr di Khan Younis selepas maghrib hari Rabu (30/12) dengan tema “Ulangtahun Pertama Perang al-Furqan”: Strategi HAMAS akan datang ialah meneruskan perjuangan dan penentangan kerana ia adalah projek yang amat strategik. HAMAS terus mendidikan anggotanya atas hakikat tersebut dan menarik masyarakat bagi mendokong strategi tersebut.
Beliau juga menegaskan perjuangan dan penentangan bukanlah dengan senjata sahaja, tetapi ‘tidak tunduk’ juga adalah perjuangan. Beliau berkata: “Ketika kita menolak pengiktirafan terhadap regim Zionis dan terus sanggup bertahan dalam kepungan kerananya, maka ini adalah tarbiah sebenar terhadap hakikat perjuangan.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir