
Ahad, 03/01/2010 – Richard Falk, jurucakap khas PBB untuk hak kemanusiaan di wilayah Palestin yang dijajah, telah menyelar Mesir di atas pembinaan tembok besi di sepanjang sempadannya dengan semenanjung Gaza.
Dalam satu ucapan untuk Radio PBB rabu lalu, Falk menyatakan perasaan marah terhadap berita itu kerana ia menunjukkan wujudnya pakatan kerajaan Mesir dan Amerika dalam pembinaan tembok itu bagi menutup terowong-terowong yang digunakan bagi penyeludupan makanan dan bahan-bahan lain untuk penduduk Gaza.
Jurucakap tersebut menyatakan terowong-terowong itu menunjukkan jumlah kesengsaraan di Gaza berpunca dari kepungan tiga tahun, yang tidak pernah terjadi dalam sejarah moden sejak berakhirnya Perang Dunia ke 2.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil