Rabu, 06/01/2010 – MP Mona Mansour mengutuk keputusan Israel untuk menutup persimpangan Shujaia (Nahal Oz) dan menyifatkan ianya sebagai “kejam”.
Mansour dalam satu sidang akhbar menyatakan bahawa Rejim Zionis setiap hari memikirkan langkah-langkah baru untuk memusnahkan Semenanjung Gaza dan penutupan persimpangan Shujaia merupakan salah satu langkah tersebut.
Penutupan persimpangan serta pembinaan tembok baja pada sebahagian besar Mesir telah menjadikan Gaza seperti penjara besar yang dikelilingi oleh dinding sambil menambah bahawa langkah-langkah seperti itu sama sahaja dengan hukuman mati terhadap orang-orang Gaza.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul