Categories
Berita Semasa

(Terkini) Jet rejim Zionis lancar serangan di Gaza.

Sabtu, 09/01/2010 – Jet pejuang regim Zionis melancarkan beberapa siri serangan pada lewat petang semalam, Khamis (7/1) terhadap semenanjung Gaza. Salah satu siri serangan tersebut dilancarkan terhadap bahagian tengah bandar Gaza dan satu lagi serangan ditujukan kepada perkampungan al-Subrah dan bandar Khan Yunus di bahagian selatan Gaza.

Jet-jet pejuang F-16 melancarkan bom ke arah kawasan al-Dahadih, selatan perkampungan al-Subrah, bahagian paling selatan di semenanjung Gaza. Masih tidak jelas apakah bentuk sasaran serangan tersebut. Namun kebakaran tercetus di situ sebaik serangan berlaku.

Di kawasan al-Qararah pula, timur laut Khan Yunus, selatan semenanjung Gaza, beberapa buah jet regim Zionis melepaskan beberapa roket di halaman Sekolah al-Ma’arri.

Satu lagi tempat di kawasan tengah semenanjung Gaza yang masih tidak dapat dipastikan dengan jelas turut menjadi sasaran serangan tersebut. Kelihatan jet-jet perang regim Zionis masih lagi meneruskan rondaan dengan terbang rendah di ruang udara semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

One reply on “(Terkini) Jet rejim Zionis lancar serangan di Gaza.”

Comments are closed.