Sabtu, 09/01/2010 – Dr Mahmoud Al-Zahhar, anggota biro politik Hamas mengatakan bahawa pergerakannya sangat berharap untuk menamatkan krisis dengan Mesir susulan insiden yang dikesali di Rafah pada Rabu lalu yang mengakibatkan kematian seorang askar Mesir dan 35 penduduk Palestin pula mengalami kecederaan.
Zahhar menyatakan kepada agensi berita Safa pada Rabu lalu bahawa Hamas ingin menjaga hubungan baik dengan Mesir bagi menyeesaikan krisis itu. Beliau mengakui wujud ketegangan tetapi berkata, “Kami cuba lakukan yang terbaik untuk menamatkan krisis tersebut”.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79