Categories
Berita Semasa

Delegasi Jordan ke Gaza disambut meriah.

Isnin , 11/01/2010 –Ratusan rakyat Jordan dan aktivis Ikhwanul Muslimin menyambut wira mereka yang pulang dari Gaza yang menyertai konvoi Liveline, Viva Palestina. Meskipun mereka diserang dan disekat oleh kerajaan Mesir, konvoi itu masih berjaya menyalurkan bantuan yang di bawa bersama. Delegasi yang baru tiba itu turut menyampaikan salam dari rakyat Gaza.

Delegasi yang diketuai oleh Ir. Wail Saqa menyatakan delegasi dari Jordan merupakan satu-satunya wakil dari negara Arab yang menyertai konvoi itu. Ir. Wail akan mencadangkan satu delegasi dari negara-negara Arab bersiap sedia ke Gaza dalam waktu terdekat. Seramai 7 wakil delegasi telah cedera akibat serangan yang tidak berperikemanusiaan oleh pihak Mesir.

Sementara itu, Sheikh Hamam Said, Muraqib Ikhwanul Muslimin Jordan menegaskan rakyat Jordan akan terus mempertahan dan memperjuangkan solidariti Gaza. Hati-hati aktivis Jordan senantiasa bersama mereka di Gaza. Beliau turut mengecam tindakan kerajaan Mesir yang menghalang dan menjadi boneka Zionis-Israel dan sekutunya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu ‘Umair