Hamas: Penjajahan tetap penjajahan

Selasa , 17/05/2005 –Pergerakan pembebasan Islam Hamas, mengeluarkan kenyataan pada hari Ahad dalam mengingati ulang tahun ke 57 Nakba Palestin atau bencana menegaskan bahawa penjajahan tetap penjajahan walau bagaimana pun masa telah berlalu.

Hamas menegaskan dalam kenyataan tentang peristiwa Nakba, apabila ribuan rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, dibunuh dengan kejam oleh kumpulan teroris Zionis pada tahun 1848, manakala ribuan yang lain dipaksa keluar dari rumah mereka dan menjadi pelarian di tanah sendiri dan di negara Arab berhampiran, bahawa hak pelarian Palestin di seluruh dunia untuk pulang adalah tidak boleh dipertikaikan dan tidak akan luput ditelan zaman.

Ini adalah hak mereka (rakyat Palestin), dan akan
terus kekal menjadi hak mereka dan kami tidak merasa mereka membenarkan sesiapa pun untuk menyerahkan hak ini bagi pihak mereka, kenyataan tersebut menambah.

Perjuangan bersenjata terhadap penjajahan negara kami adalah hak yang diberikan oleh undang-undang langit dan bumi; maka kami tdak akan meletakkan senjata sehingga tentera penjajah yang terakhir meninggalkan bumi kami, ia menambah.

Kita menyeru rakyat kami yang berani untuk berkerja bersama-sama dengan seluruh kumpulan-kumpulan Palestin untuk membina negara kami dengan asas yang teguh dan untuk mengelakkan menggunakan senjata untuk
menyelesaikan apa-apa perbezaan dan untuk mengunakan dialog sebaiknya,ia mengariskan.

Rakyat kita, melalui keberanian yang berterusan
mereka dan perjuangan mereka, telah menghancurkan semua usaha untuk menutupkan isu Palestin, ia menjelaskan.

Hamas menegaskan bahawa isu tawanan adalah dan akan kekal sebagai agenda politik utama dan berikrar tidak akan meninggalkannya untuk apa-apa sebab dan di semua peringkat. Ia berjanji akan mengunakan semua cara untuk membebaskan mereka.