Sumber Israel: Ugutan Pelampau Yahudi Terhadap Aqsa

Selasa , 17/05/2005 –Sumber keselamatan Israel pada hari Isnin memperbaharui amaran terhadap erangan-serangan teroris yang mendatang terhadap Masjid Aqsa yang mulia di jajahan Jerusalem oleh fanatik-fanatik Yahudi.

Harian Hebrew berkata bahawa, kebimbangan
jangkaan keselamatan Israel terhadap serangan tersebut meningkat, menyatakan bahawa usaha-usaha golongan kanan kumpulan-kumpulan Yahudi untuk menyekat usahapelan perjanjian yang akan menyebabkan pengunduran dari Semenanjung Gaza dan kawasan utara Tebing Barat.

Akhbar itu menrujuk sumber tersebut berkata bahawa akibat dari kawalan keselamatan yang dipertingkatkan sekitar kawasan suci tersdebut para fanatik mungkin akan beralih kepada menembak roket atau menggunakan pasawat ringan untuk mengebom kawasan tersebut.

Sheikh Kamal al-Khatib, timbalan ketua gerakan Islam di tanah jajahan 1984 telah memberi amaran bahawa Masjid Aqsa telah melalui saat yang paling merbahaya dalam sejarahnya.

Beliau menyatakan bahawa Yahudi percaya jikalau Masjid Aqsa tidak dimusnahkan sebelum tahun ini(2005) maka tuhan tidak akan memaafkan mereka.