Categories
Berita Semasa

Abu Sha’ar kutuk serangan penduduk haram Israel ke atas wanita Palestin.

Selasa , 19/01/2010 –Dr. Taleb Abu Sha’ar, Menteri Hal Ehwal Agama Palestin mengutuk sekeras-kerasnya serangan fizikal ke atas wanita Palestin berumur 16 tahun di Sheikh Jarrah Jerusalem yang dilakukan oleh penduduk haram fanatik Yahudi yang mendapat kawalan keselamatan daripada polis Israel.

Dr. Abu Sha’ar dalam satu sidang media berkata penduduk haram tersebut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penduduk wanita Palestin dan menuduh polis Israel membantu melindungi penduduk haram Israel bertindak demikian.

Sekumpulan penduduk haram Israel membelasah dengan teruk Amna Al-Nashashibi, 16 dan menarik beliau dengan rambutnya di depan mata pasukan polis Israel semasa perarakan provokasi mereka.

Dalam kejadian yang lain, keluarga Mohamed Al-Sabbagh akan hadir pada hari Isnin petang di depan majistret Israel dalam pertahankan rumah mereka yang sedang dalam usaha rampasan oleh penduduk haram Israel. Kumpulan penduduk haram Israel ini telah merampas banyak rumah milik warga Palestin dengan mengaku rumah tersebut milik mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous