Jumaat, 29/01/2010 –Pasukan tentera Zionis mengumumkan akan mengemukakan pertuduhan baru terhadap Syeikh Raid Solah, ketua al-Harakah al-Islamiyyah Palestin pada hari Isnin depan (1/2), berkenaan satu jenayah yang dilakukan oleh regim Zionis yang meruntuhkan pintu al-Magharibah pada awal bulan Februari tahun 2007 lalu.
Khalid Zabarqah, salah seorang peguam Syeikh Solah berkata dalam satu kenyataan pada Khamis (28/1): “Kertas pertuduhan baru adalah berhubung kejadian mengadakan makan malam amal di dewan Al al-Hilwani di perkampungan Wadi al-Jawz, bandar al-Quds bertarikh 22/8/2007, di mana pasukan tentera Zionis melakukan serbuan terhadap beberapa orang penduduk al-Quds yang mengadakan makan malam pada malam Khamis pada tarikh tersebut.”
Zabarqah menambah: Antara yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Syeikh Raid Solah yang disambut sebagai tetamu sedangkan satu ketetapan telah dikeluarkan oleh pihak Zionis pada awal tahun 2007 menegah beliau daripada memasuki Masjid al-Aqsa dan menghampiri pagar perkampungan lama al-Quds sejauh 150 meter.
Semenjak hari itu, Syeikh Raid Solah juga dilarang berhimpun dengan lebih daripada tujuh orang di mana-mana tempat umum di bandar al-Quds, kerana aktivitinya menentang Zionis yang meruntuhkan bab al-Magharibah.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir