Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa tenaga nafi laporan berita janakuasa elektrik Gaza dibekalkan minyak.

Isnin , 01/02/2010 – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Palestin di Semenanjung Gaza Khamis lalu menafikan laporan yang mengatakan ketua kerajaan Ramallah, Salam Fayyad akan membekalkan stesen janakuasa elektrik Gaza dengan diesel industri.

Pihak berkuasa tenaga itu mendedahkan, menteri kewangan Ramallah mengenakan cukai ke atas penghantaran diesel industri yang dibiayai Januari lalu oleh Kesatuan Eropah, dengan harga 50 persen lebih tinggi daripada harga sebenar diesel.

Sumber mendedahkan yang kementerian kewangan Ramallah hanya membayar 14.4 juta shekel ( lebih kurang 12.25 juta ringgit) sebagai kos penghantaran diesel untuk Januari 2010, dan tidak seperti yang didakwa, mereka membayar 36 juta shekel (lebih kurang 31.5 juta ringgit). Pihak berkuasa tenaga menambah, yang jumlah perbezaan kos itu telah dikira sebagai cukai.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : WeWR