Categories
Berita Semasa

PLC : 2010 bakal menyaksikan serangan besar-besaran ke atas segalanya di Jerusalem.

Isnin , 01/02/2010 – Jawatankuasa Jerusalem di bawah Majlis Perundangan Palestin (PLC), pada Rabu lalu memberi amaran tahun 2010 akan menyaksikan lebih banyak keganasan rejim Israel dan serangan-serangan yang lebih dahsyat ke atas segalanya di kota Jerusalem yang kini dijajah Israel, terutamanya berkaitan komplot memusnahkan Masjid Aqsa.

Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu menyebut bahawa aktiviti penggalian bawah tanah yang semakin pantas dijalankan akan menyebabkan berlaku runtuhan dan retakan yang besar di dalam Masjid Aqsa, ruang legarnya, dan juga penempatan-penempatan lama masyarakat Arab di Jerusalem. Jawatankuasa itu juga kuatir Israel akan mempercepatkan proses pemusnahan Masjid suci itu dengan mencipta gempa bumi buatan manusia di kawasan Negev.

Jawatankuasa itu telah merayu kepada Organisasi Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab untuk mengadakan persidangan dan mesyuarat tergempar untuk membincangkan situasi yang semakin kritikal di Jerusalem dan ancaman Israel terhadap Masjid Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

2 replies on “PLC : 2010 bakal menyaksikan serangan besar-besaran ke atas segalanya di Jerusalem.”

Ya Allah,sampai bila kami harus melihat penderitaan yg tidak kesudahan ini.Ya Allah,berilah kekuatan kpd mereka yg berjuang di jlnMu.Ya Allah bukakanlah pintu hati-hati penguasa di wilayah yg dipimpin oleh pemimpin Islam,supaya mereka sedar akan t/jawab mereka ke atas agama dan umat Islam.Amin

YA Allah bantulah kami..

OIC & liga Arab asyik bermesyuarat.Apa tindakan yang d ambil?

Sekadar mengutuk aktiviti zionist?

Sampah semata-mata.

Comments are closed.