
Sabtu, 06/02/2010 – Perdana Menteri Turki Recep Erdogan menegaskan kembali bahawa Turki tidak dapat berdiam diri dengan menyaksikan pembunuhan kejam Israel, pemusnahan infrastruktur serta menukar Gaza menjadi penjara besar.
Dalam satu temubual dengan saluran satelit Euronews, Erdogan memberi amaran kepada Israel bahawa mereka harus menimbang dan menjaga hubungan mereka dengan negara-negara jiran terutamanya Turki sekiranya mereka ingin terus mahu menjadi sebahagian daripada dunia ini.
Perdana Menteri Turki mengingatkan Israel agar berfikir dua kali dalam setiap tindak tanduknya sebelum mereka hilang hubungan dengan Turki dimana baru-baru ini Israel telah melanggar adab dalam perhubungan diplomatik Israel-Turki. Beliau memberi amaran semua perjanjian dengan Israel akan mendapat tempiasnya sekiranya Israel masih mahu bersikap degil, menipu dan pecah amanah dalam sebarang rundingan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous