Rabu , 10/02/2010 – Dua belas orang ditahan sewaktu sesi ucapan di UC Irvine, California, di mana Michael Oren, Duta Besar Israel berucap mengenai hubungan AS-Israel.
Oren diganggu 10 kali semasa berucap di hadapan 500 orang pelajar di UCI Student Center, meskipun kawalan keselamatan diperketatkan. Oren terpaksa menangguhkan ucapan selama 20 minit selepas gangguan keempat, sambil memohon dikasihani dan dibenarkan meneruskan ucapan, akhirnya diganggu lagi oleh beberapa orang lelaki setiap beberapa minit. Ramai hadirin yang bersorak terhadap Oren.
Selepas gangguan ke-10, beberapa kumpulan pelajar yang menentang Oren bangun dan keluar untuk meneruskan protes di luar dewan. Sumber tidak dapat memastikan sama ada mereka adalah ahli Kesatuan Pelajar Muslim UCI atau tidak, yang dikatakan menyebarkan emel menyelar kehadiran Oren di kampus.