Categories
Berita Semasa

Retakan yang merbahaya ditemui di Masjid Al-Aqsa.

Jumaat,  12/02/2010 – Yayasan Al-Aqsa untuk Waqaf dan Warisan memberi amaran Isnin lalu bahawa terdapat retakan besar dan merbahaya di bahagian utara Masjid Al-Aqsa, serta mengesahkan bahawa retakan itu berpunca daripada aktiviti penggalian bawah tanah yang semakin dahsyat dijalankan oleh Israel.

Yayasan Al-Aqsa memberi amaran bahawa retakan sepanjang 7 meter itu berlaku di kawasan berwudhuk, Al-mutwadeat. Setiap hari retakan itu semakin luas disebabkan aktiviti penggalian berterusan oleh Israel.

Yayasan tersebut turut melaporkan terdapat saksi-saksi yang memaklumkan bahawa aktiviti penggalian di bawah Sekolah Al-Omaria yang terletak di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa ataupun lebih spesifiknya di bahagian dinding utara masjid tersebut, semakin dipergiatkan sejak kebelakangan ini dan pihak berkuasa penceroboh (Israel) mengeluarkan debu-debu yang terlalu banyak daripada kawasan itu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

3 replies on “Retakan yang merbahaya ditemui di Masjid Al-Aqsa.”

Masjid Al Aqsa semakin tenat.Tak kan kita nak tunggu dan lihat ia runtuh begitu sahaja?

Ayuh Syabab! Lakukan sesuatu.

Comments are closed.