Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin marah dan bingung.

Rabu,  17/02/2010 – Warga Palestin di Tebing Barat daripada pelbagai aliran dan fahaman merasa amat terkejut dan bingung dengan siri skandal besar melibatkan ketua pentadbiran yang telah tamat tempoh pemerintahannya, Mahmoud Abbas, sebagaimana dimaklumkan oleh orang-orang yang hampir kepadanya, setiausaha pejabatnya dan dua orang anaknya.

Mereka menganggap pendedahan skandal tersebut yang dilakukan oleh bekas pegawai bertanggungjawab dalam badan perisikan Palestin, dengan bantuan saluran telivisyen Zionis, mengesahkannya dan mengembalikan ingatan kepada siri kes rasuah yang dibongkar sepanjang beberapa tahun lalu.

Rakyat Palestin juga menggambarkan rasa terkejut mereka melihat gambar Rafiq al-Husaini dalam satu video dalam keadaan berbogel sedang melakukan perbuatan tidak senonoh berselindung di sebalik jawatan yang dipegangnya. Perasaan jijik juga membayangi rakyat Palestin ketika mereka menyaksikan kes kecurian jutaan dolar harta milik rakyat Palestin yang terlepas begitu sahaja tanpa ada sesiapa yang bertanggungjawab dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir