Categories
Berita Semasa

Sekarang masa menunaikan janji.

Khamis , 18/02/2010 – Khaled Mesh’al, ketua Biro Politik HAMAS menegaskan bahawa waktu memberikan ugutan dan ancaman telah berakhir, tetapi sekarang tibalah masa untuk bekerja dan bertindak atas pembunuhan terhadap seorang pimpinan HAMAS Mahmoud al-Mabhouh. Beliau juga percaya kepada kemampuan Briged al-Qassam untuk menunaikan janji dan daya inovasi dan kreativitinya dalam perkara tersebut.

Mesh’al berkata dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui telivisyen secara langsung semasa majlis memperingati kematian al-Syahid Mahmoud al-Mabhouh di selatan Semenanjung Gaza pada hari Rabu (17/2) dengan tema ‘Janji pahlawan’: “Masa memberikan ugutan dan ancaman serta bercakap tentang membalas dendam telah berakhir. Hari ini ialah hari bekerja. Saya menyeru seluruh sahabat saya agar tidak lagi bercakap tentang membalas dendam atau berjanji untuk melakukannya. Itu telah kita lakukan. Hari ini ialah hari kita melaksanakannya. Saya percaya terhadap kemampuan anda dan kreativiti dan inovasi anda dalam melaksanakannya, wahai Briged al-Qassam. Maka bertawakkal kamu kepada Allah.”

Beliau juga menghargai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Emiriah Arab Bersatu dan Polis Dubai dalam rangka melakukan siasatan terhadap jenayah yang berlaku. Beliau juga menuntut agar langkah seterusnya hendaklah diambil serta membawa HAMAS turut serta dalam proses tersebut kerana HAMAS adalah pihak yang berkepentingan secara langsung dalam kes tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir