Categories
Berita Semasa

HAMAS seru Eropah anggap Zionis pengganas.

Selasa , 23/02/2010 – HAMAS menyeru negara Kesatuan Eropah agar meletakkan regim Zionis dalam senarai negara pengganas tersusun, kerana ia mengancam keamanan dunia. Ia juga turut memberikan amaran terhadap sikap tidak peduli dan tidak mengambil berat terhadap pembunuhan Mahmoud al-Mabhouh seorang pimpinan HAMAS.

Pada hari Isnin (22/2), HAMAS dalam kenyataannya mengalu-alukan resolusi yang dikeluarkan oleh para menteri luar negara Kesatuan Eropah yang mengutuk penggunaan paspot negara mereka dalam pembunuhan tersebut. HAMAS menganggap itu adalah tindakan yang betul terhadap kekejaman Zionis, namun ia menyeru agar pendirian dan langkah yang lebih adil diambil bagi meletakkan negara Zionis sebagai sebuah negara penjenayah yang mesti dibicarakan di hadapan mahkamah-mahkamah antarabangsa.

Kenyataan itu juga menyeru semua pertubuhan masyarakat madani dan pertubuhan hak asasi manusia serta pertubuhan-pertubuhan undang-undang antarabangsa agar menghadapkan regim Zionis dan pimpinannya dari sudut undang-undang ke mahkamah dan dihukum sebagai penjenayah perang dan pengganas.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir