Hina al-Quran, Banduan Mogok Lapar

Khamis , 09/06/2005 –Bagi menunjukkan rasa marah dan tidak puashati terhadap Zionis-Israel yang menghina dan mengoyakkan al-Quran, banduan Palestin yang dipenjarakan di Penjara Israel Megiddo telah melancarkan mogok lapar selama 3 hari.

Mogok lapar itu juga bertujuan bagi membantah tindakan zalim warden penjara yang sentisa mengganggu para banduan ketika waktu rehat, kata pengarah jawatankuasa banduan Palestin, Eisa Qaraqe. Mereka juga turut memutuskan hubungan dengan warden, penyelaras penjara dan tidak akan bertemu dengan pelawat yang ingin datang untuk tujuan ziarah.

Dalam pada itu, Hamas akan menganjurkan demo. secara besar-besaran di seluruh masjid Semenanjung Gaza bagi memberitahu seluruh rakyat tempatan dan antarabangsa akan tindakan ZIonis-Israel yang menghina al-Quran ala Amerika.