Categories
Berita Semasa

Israel benar aktivis jadi saksi kes kematian Rachel Corrie.

Khamis , 25/02/2010 – Di bawah tekanan AS, Israel membenarkan visa kemasukan 4 aktivis International Solidarity Movement untuk menjadi saksi mahkamah dalam kes yang difailkan oleh keluarga Rachel Corrie ke atas kerajaan Israel. Rachel mati dihimpit sebuah jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza, Mac 2003.

Corrie, warganegara AS, berumur 24 tahun ketika itu, mati dihimpit jentolak ketika beliau dan beberapa orang lain membuat perisai manusia bagi menghalang jentolak Israel merobohkan rumah-rumah di Gaza.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan peguam pendakwaraya, Hussein Abu Hussein, saksi warganegara AS dan Britain itu, termasuk aktivis keamanan yang dihalau dari negara itu, akan dibenarkan masuk negara untuk menjadi saksi kes tersebut ke atas Kementerian Pertahanan.

Kes akan dibacakan di Mahkamah Daerah Haifa sekitar 2 minggu lagi. Namun, Israel melarang Dr Ahmed Abu Nakira, dari hospital Al-Najar, Rafah, yang merawat dan mengesahkan kematian Rachel, daripada memasuki Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  asyraf