
Khamis , 25/02/2010 – Perdana Menteri Palestin Ismael Haneya menganggap kenyataan Zionis-Israel untuk menyatukan masjid Ibrahimi dan masjid Bilal bin Rabah sebagai salah satu langkah zalim menakluk dan merampas tanah, rumah dan hak rakyat Palestin. Haneya menyeru agar meneruskan intifadhah sekiranya Zionis-Israel terus dengan rancangan mereka. Haneya juga menegaskan perlunya tegas dalam respon kepada rancangan jahat itu.
Antara perkara yang perlu di dahulukan ialah pembebasan tahanan politik dengan segera, menghentikan sebarang perundingan dengan Zionis-Israel dan menghentikan sebarang hubungan dengan Zionis-Israel.
Dalam proses penaklukan dan Yahudisasi, Zionis-Israel telah menghancurkan kubur, merubah masjid menjadi bar dan disko serta merampas seluruh hak rakyat Palestin. Perancangan ini meliputi seluruh bandar-bandar di Palestin.
Haneya turut menggesa bangsa Arab agar memainkan peranan yang lebih besar dalam menangani masalah yang berlaku.