
Khamis , 25/02/2010 – Amira Hass baru-baru ini memberi komen dalam akbar Haaretz bahawa “Israel…terus meludah ke wajah-wajah negara-negara yang ‘baik’ dan membisu (tidak bersekutu).”
Kenyataannya itu ditulis selepas beberapa siri tindakan tanpa sekutu oleh Israel terhadap wakil-wakil negara dari US, Republik Chech dan Belgium. Pangsapuri mereka diserbu tanpa amaran, rakyat Negara-negara itu dihalau manakala menteri mereka dihalang daripada memasuki Gaza bagi misi kemanusiaan.
Secara terang-terangan dirangsang oleh ketiadaan nada dan tangisan antarabangsa, Israel telah melampaui batas. Agensi polis antarabangsa, Interpol, telah mendedahkan bahawa 11 orang suspek kini sedang diburu kerana disyaki melakukan pembunuhan terancang ke atas pegawai Hamas, Mahmoud al-Mabhouh di Dubai dengan menggunakan passport palsu atau dicuri dari Britain (6), Ireland (3), Perancis (1) dan Jerman (1). Turut terheret ke dalam jenayah ini (pembunuhan terancang adalah salah di sisi PBB) adalah Austria (yang didapati menjadi hos kepada pusat arahan) dan US (5 orang suspek menggunakan kredit kad yang dikeluarkan oleh American Bank untuk membeli tiket kapal terbang dan keperluan-keperluan lain).
Bukti-bukti sedang dikumpul sedikit demi sedikit dan teliti, ia semakin menggambarkan bahawa pembunuhan itu adalah ulangan kepada percubaan membunuh pengasas Hamas, Khalid Mishaal pada tahun 1997 di Jordan. Percubaan membunuh Mishaal dahulu, mencetuskan kemarahan antarabangsa dan Israel bukan sahaja digesa untuk menghasilkan penawar kepada racun yang diberikan kepada Mishaal (tidak seperti Mahmoud, Mishaal terselamat), malah diminta membebaskan beberapa tahanan penjara berketurunan Palestin yang berprofil tinggi. Mesejnya jelas iaitu jenayah tidak bermaruah ke atas undang-undang antarabangsa dan kesepakatan antara negara-negara seperti itu tidak dapat diterima.