Isnin , 13/06/2005 –Presiden Palestin, Mahmod Abbas mendapat persetujuan daripada kumpulan-kumpulan pejuang Palestin bahawa mereka bersetuju untuk meneruskan genjatan senjata(tempoh aman) terhadap Zionis-Israel.
Tetapi kumpulan-kumpulan itu menyatakan pendirian tegas, jika Zionis-Israel melancarkan serangan, mereka tidak akan teragak-agak untuk melakukan serangan balas.
Pemimpin Hamas Khalid Mishal, menyatakan bahawa sehingga sekarang gerakannya komitmen dengan gencatan senjata, namun jika Zionis-Israel melanggar perjanjian genjatan senjata, Hamas akan terus melakukan serangan terhadap Zionis-Israel.
Dalam kejadian lain, turut berlaku ketegangan di Baldah Qatabah di kawasan utara Tebing Barat. Kemasukan kumpulan Yahudi dengan kawalan tentera Zionis-Israel turut menyumbang kepada kacau-bilau.