Categories
Berita Semasa

Haneyya: Kami tidak akan layan rundingan dengan Zionis.

Jumaat , 05/03/2010 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin menegaskan kerajaannya tidak akan melayan rundingan dengan regim Zionis sama ada secara rahsia atau terang-terangan, secara langsung atau tidak langsung, sambil mengatakan bahawa kerajaannya tidak akan memperakui mana-mana perunding untuk membuat rundingan dengan pihak Zionis ketika serangan dilancarkan terhadap bandar al-Quds dan al-Aqsa. Ia juga akan tetap menolak manouver politik dalam hal ini.

Haneyya menambah sepatutnya para menteri negara Arab yang sedang bermesyuarat di Kaherah mengambil pendirian lebih tegas bagi menolak pencerobohan yang sedang dihadapi oleh beberapa kawasan suci di Palestin, namun resolusi yang dikeluarkan kelihatan lemah apabila ia membenarkan mana-mana perunding untuk berunding dengan pihak Zionis meskipun bandar al-Quds sedang hebar diserang dan proses mengyahudikannya dengan berjalan lancar.

Kenyataan Haneyya ini dikeluarkan semasa sidang yang diadakan oleh Dewan Perundangan Palestin di bandar Gaza pada hari Rabu (3/3) bagi membincangkan pencerobohan dan rampasan yang dilakukan regim Zionis terhadap bandar al-Quds dan kawasan sekitarnya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir