Categories
Berita Semasa

Komik “Footnotes in Gaza” karya Sacco, tiada yang sepertinya.

Selasa , 09/03/2010 – Komik bertajuk “Footnotes in Gaza (Nota kaki di Gaza)”, karya Joe Sacco, diiktiraf sebagai tiada lain sepertinya. Cerita komiknya tiada watak hero and kurang karakter tertawa, tetapi hanya segelintir pembaca yang akan mengharapkan banyak unsur lawak daripada kisah komik yang berlatar belakangkan wilayah yang sentiasa dikepung dan dibom oleh Israel. Namun, tragedi-tragedi semasa yang melanda Gaza mampu menjadi latar belakang kepada watak utama, iaitu penulis sendiri, mengembara dalam 388 muka surat bergambar, menepis serangan peluru berpandu dan penembak tepat Israel, di mana beliau cuba untuk menghidupkan semula suasana dua kejadian penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza oleh tentera Israel pada tahun 1956.

Karya Sacco itu menyebabkan ramai penduduk Gaza yang terkejut dan ada juga yang melahirkan rasa marah. Mereka selalu memberitahu penulis berbangsa Amerika itu bahawa tragedi 1956 telah lama berlalu. Pada masa kini, pesawat Israel terus menembak bertalu-talu ke arah para pejuang yang lari menyelamatkan diri, manakala jentolak mereka terus merobohkan rumah-rumah penduduk Palestin yang berdekatan wilayah yang dirampas Israel. Mengapa Sacco tidak menulis tentang kisah yang berlaku sekarang? Tetapi Sacco tidak berganjak daripada karyanya selepas mendengar pengakuan seorang pejuang Muslim yang menjadi mangsa penyembelihan di Khan Younis itu; “peristiwa itu telah meninggalkan parut di hati saya yang tidak akan sembuh selamanya… Mereka (Israel) telah menanamkan kebencian di dalam hati-hati kami.”

Pengakuan itu amat bermakna kerana ia diucapkan oleh Abed El-Aziz el-Rantisi, yang digambarkan oleh Sacco dalam mukadimahnya, sebagai seorang pejuang kanan Hamas yang kemudiannya telah dibunuh oleh roket Israel. Dan dalam rangka penyiasatannya, Sacco yang telah memenangi anugerah sebagai wartawan kartunis, dan telah menerbitkan karya tentang Bosnia dan wilayah-wilayah Palestin, menghasilkan kes yang meyakinkan bahawa peristiwa dua penyembelihan beramai-ramai itu adalah isu penting yang pada masa itu hanya menerima sedikit perhatian dalam laporan PBB dan media, kini merupakan kunci penderitaan dan kemarahan 1.5 juta penduduk Palestin yang sedang terkepung di Gaza pada waktu ini.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa