HAMAS Tidak Mungkin Disingkir Dari Pilihanraya

Isnin , 20/06/2005 –Dr. Mahmod Zehar, pemimpin Hamas menyatakan rasa aneh lagi pelik apabila terdapat sumber-sumber Zionis-Israel yang menegaskan bahawa Amerika sedang berusaha menghalang Hamas daripada menyertai pilihanraya legislatif.

Seperti yang dikeluarkan oleh Markaz filistini lili?lam, sumber Zionis-Israel sebelumnya menyebutkan bahawa Zionis-Israel akan memohon kepada Menteri Luar Amerika, Condalizza Rice untuk mengenakan tekanan bagi mencegah Hamas daripada menyertai pilihanraya legislatif. Seperti yang diketahui umum, populariti Hamas sedang memuncak naik apabila memenangi pilihanraya sebelum ini.

Dalam satu wawancara khusus, Zehar menegaskan bahawa beliau sendiri mendengar sesuatu dari Zionis-Israel dimana Rice akan cuba meminta dan memohon kepada Mahmod Abbas agar melarang Hamas daripada menyertai pilihanraya. Beliau turut menambah, Rice dan Sharon tidak mempunyai hak untuk melarang Hamas daripada menyatakan pendapat dan pendirian Hamas. Zehar juga meminta kepada kerajaan Palestin untuk bersama rakyat Palestin dan tidak tunduk pada tekanan-tekanan Amerika, selama mana majoriti rakyat Palestin bersama dengan pendirian kerajaan Palestin.