Categories
Berita Semasa

Menteri Ireland: Kepungan ‘Zaman Gelap’ tidak boleh diterima.

Jumaat , 12/03/2010 – Minggu lepas saya melawat Gaza, Menteri luar Kesatuan Eropah yang pertama melakukannya ,lebih setahun kebelakangan. Tujuan saya adalah lebih kepada kemanusiaan, untuk melihat sendiri kesan sekatan yang kini dikenakan terhadap penduduk Gaza dalam dua setengah tahun dan berjumpa dengan staff UNRWA yang berani dan berdedikasi , termasuk seorang pengarah operasinya, John Ging berbangsa Irish.. Mereka memainkan peranan penting mengekalkan khidmat kemanusian kepada penduduk Gaza.

Seketibanya di Gaza, kesusahan dan penderitaan hasil daripada sekatan dapat disaksikan. Melawat pusat pengagihan makanan UNRWA , Saya dapat melihat sendiri kesusahan dan penderitaan pada raut wajah insan yang beratur untuk mendapatkan bekalan asas, nasi, susu tepung susu dan minyak masak. Lapan puluh peratus penduduk Gaza kini tinggal di bawah garis kemiskinan dan UNRWA mendapati semakin tingginya bilangan kenaikan miskin tegar dimana dia tidak mempunyai makanan yang cukup.

Tragedi Gaza adalah diancam menjadi krisis kemanusiaan yang tidak boleh dibiarkan, situasi dimana manusia waras mengganggap sebagaiamat-amat tidak boleh diterima pada hari ini tetapi dimana membuktikan adalah terlalu sukar untuk diperbaiki akibat daripada sekatan itu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah