Laporan alternatif kepada pembunuhan Al-Mabhouh.

Jumaat , 12/03/2010 – Penduduk Palestin, seperti penduduk lain di serata dunia yang hidup tertindas tidak diberi peluang untuk menceritakan kisah mereka sendiri.

Pembunuhan aktivis palestin, Mahmoud al-Mabhouh pada 19 Januari 2010 lalu, secara jelasnya merupakan sesuatu yang telah dirancang dengan rapi, juga tindakan yang begitu ganas dan kejam yang dilakukan oleh pembunuh upahan Israel di sebuah negara berdaulat yang sepatutnya selamat.

Ya, benar Mahmoud Al-Mabhouh adalah seorang aktivis Palestin, kenyataan yang tidak boleh disangkal lagi. Allahyarham telah menghabiskan masa bertahun-tahun di dalam penjara Israel dan setahun di dalam penjara Mesir disebabkan aktiviti-aktiviti politiknya. Hal ini walaubagaimanapun tidak membuktikan dakwaan Israel bahawa beliau telah membunuh rakyat Israel. Tuduhan ini menjadi lebih bermasalah apabila diambil-kira bahawa pembunuhan al-Mabhouh adalah atas arahan penjenayah-penjenayah perang Israel yang juga anggota politik sayap kanannya, seperti dilaporkan oleh media Britain.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Jumaat , 12/03/2010 –