Categories
Berita Semasa

Polis Dubai beri amaran tentang agen Mossad.

Jumaat , 12/03/2010 – Polis Dubai memberi amaran tentang kewujudan agen-agen badan perisikan Zionis (Mossad) di beberapa negara Teluk. Pihak polis Dubai juga mengatakan pembunuhan pemimpin sayap tentera HAMAS, Mahmud al-Mabhuh telah membuka pintu kepada aktiviti Mossad yang diragui. Pendedahan seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Leftenen General Dhahi Khalfan, Ketua Polis Dubai menyeru agen-agen perisik di kawasan Teluk agar meninggalkan kawasan tersebut dalam masa beberapa minggu. Beliau berkata: “Jika tidak, mereka akan berhadapan dengan pasukan yang akan memburu mereka habis-habisan.”

Akhbar Emiriah al-Khalij yang memuatkan kata-kata Khalfan pada hari Rabu (10/3) mengatakan bahawa beliau menggunakan bahasa yang tegas terhadap agen-agen tersebut. Beliau juga menegaskan beliau mempunyai bukti mencukupi yang menunjukkan terdapat agen-agen perisik dari pelbagai kerakyatan negara Barat dan Timur yang bekerja bagi badan-badan perisik asing dan sedang berada di rantau ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir