69 Mati Disiksa Dalam Peti Sejuk

Selasa , 28/06/2005 – Sejak tahun 1967, seramai 69 tahanan Palestin syahid akibat disiska oleh Zionis-Israel. Antara yang paling zalim ialah apabila tahanan di kurung di dalam peti sejuk, disiram dengan ari batu dan di hempap barang berat di atas dada.

Tangan tahanan digari dan dimasukkan ke dalam peti sejuk besar dan suhu yang berada pada paras beku. Mereka dibiarkan di dalam peti sejuk berjam-jam. Sejumlah 68% tahanan Palestin merasakan siksaan yang sama. Hampir seluruh tahanan dipaksa untuk berdiri berjam-jam. Lebih teruk daripada itu, terdapat tahanan Palestin yang dipukul. Mereka dipukul di bahagian badan, kepala dan lain-lain.

PBB turut menyatakan bahawa pada 26 Jun yang lepas, adalah merupakan hari pembelaan tahanan sedunia dan kecaman ke atas siksaan yang dikenakan terhadap tahanan Palestin.