Rabu , 29/06/2005 – Sumber-sumber dari parlimen Palestin menyatakan, Ketua Ahli Parlimen Eropah Yosef Boriel telah mengunjungi Palestin. Beliau dijangka akan berada 2 hari di Palestin. Ini berikutan undangan dari Ketua Ahli Parlimen Palestin Ruhi Fatuh.
Parlimen Palestin dalam satu kenyataan mengatakan, kunjungan Boriel ini akan dimulai dari Semenanjung Gaza. Di sana dia akan mengunjungi pejabat umum dewan legislatif Palestin kemudian bertemu dengan Setiausaha Agung Dewan, Ahmad Nashar serta beberapa anggota dan para pegawai Lembaga Bantuan PBB untuk Pelarian Palestin(UNRWA) untuk mengetahui keadaan pelarian Palestin dan penderitaan mereka. Boriel turut dijangka akan bertemu dengan presiden Mahmud Abbas dan perdana menteri Ahmad Qurai.
Antara perkara yang akan dibincangkan ialah hubungan bilateral antara dewan legislatif Palestin dengan parlimen Eropah. Disamping itu, turut akan dibincangkan ialah peranan parlimen Eropah bagi mengerah dan meneruskan perdamaian antara Palestin dan Zionis-Israel.
Boriel turut akan di bawa mengelilingi al-Quds bagi melihat dengan mata kepala sendiri akan bahayanya kewujudan penempatan dan aktiviti pembesaran penempatan Zionis-Israel.